Monday, August 24, 2015

Cara Mandi yang Diajarkan oleh Rasulullah S.A.W

Hey , reader !!
Assalamualaikum n selamat sejahtera ...
Actually , aku tak tahu nak share apa dalam blog ni . No idea .. Nak share pasal ilmu tapi .....

Ha !! Dah dapat dah apa yang nak share .. Sekejap , ye ??

Ini dia !! Let me share to you ,, Cara mandi yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W..



  1. Bermula dari segayung , siramkan di telapak kaki .
  2. Segayung di betis .
  3. Segayung di paha .
  4. Segayung di perut .
  5. Segayung di bahu .
  6. Berheni sejenak 5-10 saat ..
Kita akan rasa seperti wap / angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang . Selepas itu , mandi seperti biasa ^^

HIKMAH : Seperti pada gelas yang diisi air panas . Kemudian , kita isi dengan air sejuk . Apa yang terjadi ? Gelas akan retak !!

Jika tubuh kita ...... apa yang akan retak ??
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk , maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala , angin yang seharusnya keluar akan terperangkap atau membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah .
Maka , that's why kita always jumpa orang yang jatuh di bilik mandi suddenly kena stroke . Boleh jadi kita sering masuk angin sebab cara mandi kita yang salah ..
Boleh jadi kita kena migrain sebab cara mandi yang salah juga ..

Cara yang telah dikongsikan di atas tersebut baik untuk semua peringkat umur especially untuk pesakit diabetes , high blood pressure , kolesterol dan migrain a.k.a sakit kepala sebelah ..

Insya-Allah

Sekian daripada saya .. See ya ...

#wallahua'lam

Monday, July 27, 2015

"PUDING JAGUNG"




Bahan-bahan ( sefamily )
* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Tambahkan satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat.
4. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.
#senang,kan?

Nancy Ajram - Mashy Haddy / نانسى عجرم - ماشى حدى

Nancy Ajram - Sheikh El Shabab / نانسى عجرم - شيخ الشباب

MY NEW FAVOURITE SONG :)

RESEPI AYAM MASAK HALIA

Bahan-Bahan:
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak
2. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
5. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
6. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
7. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.
8. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
9. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.
10.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
11. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

TIPS:

Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

========================= RESEPI KUEY TEOW KUNGFU =========================

Bahan-bahan:
1oo g kuey teow
1 biji telur saiz besar
Sedikit lada sulah
(Pecahkan telur, kacau dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan)
Untuk kuahnya:
Isi ayam secukupnya
Daging batang pinang secukupnya
Udang secukupnya
Sotong secukupnya
Sayur-sayuran ( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )
2 ulas bawang putih
2-3 sudu makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )
1 sudu tepung jagung ( campur dengan sedikit air )
2 cawan air stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )
3 -4 biji cili padi ( diketuk atau ditumbuk)
minyak secukupnya untuk menumis
sedikit garam
**************************************************************
Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging dan isi ayam. Masak sehingga daging atau ayam agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.
2. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.
3. Bila sayur layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam ) dan tuangkan kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….
4. Hidangkan dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili.

#fromChefWan

Sunday, July 12, 2015

KALAU NAK BERJAYA (CARA ISLAM)

  • Bangun awal pagi =>  Ulangkaji selepas solat tahajjud & membaca al-Quran
  • Beri tumpuan penuh di dalam kelas   (sometimes, saya sendiri tak focus dalam kelas .. heheh)
  • Tekun jalankan tanggungjawab sebagai pelajar
  • Membaca al-Quran
  • Taat kepada Allah
  • Solat hajat
  • Taat ibu bapa !!!

#XOXOD